Kisah Ais Krim Potong & HoneyStik
- GoldenHoney
- Mar 7, 2018
- 2 min read

Si anak: Mama….Nak madu……!!! Nak madu!!!………Please….!
Mama: (Sambil menarik tangan si anak) Tak boleh!!! Jalan Cepat!!!
Inilah sketsa yang selalu sangat berlaku diantara mama dan si anak. Mama lebih memilih untuk membeli ais-krim atau gula-gula bagi menggantikan madu walaupun harga yang dijual sama. Kenapa ini berlaku di antara kalangan family sekeliling kita?
Kerana kurangnya kesedaran tentang kelebihan madu untuk anak-anak kita. Tahukah anda madu sangat baik untuk tumbesaran anak-anak?
Ini antara kelebihan madu yang boleh diperolehi anak-anak:
• Melegakan batuk dan selesema • Menguatkan ingatan • Membantu masalah kulit kepala dan kelemumur • Menggalakkan sistem pencernaan yang sihat • Membantu menyembuhkan luka lebih cepat • Meningkatkan tenaga • Pembekal semulajadi multivitamin • Menguatkan sistem imun • Memudahkan tidur dengan lena • Mengurangkan isu sinus
Bayangkan jika anak kita dapat menikmati madu sebagai makanan sampingan mereka yang amat bagus untuk tumbesaran dan kesihatan mereka instead of makanan ringan yang mempunyai pelbagai bahan campuran dan perisa yang berbahaya untuk kesihatan dalam jangka pendek dan jangka panjang.
Jika sketsa di atas masih diamalkan dan berlaku di antara keluarga kita yang mana lama-kelamaan anak-anak tidak dapat terima rasa madu dan timbul perasaan tidak boleh terima madu dan tidak suka makan madu. Ruginya kita…Dengan kelebihan yang ditawarkan dalam madu lebah tersebut, bukankah lebih baik menggantikan madu dengan makanan ringan.
So… lepas dah tau ni.. didiklah anak untuk memilih cara pemakanan yang sihat yang dapat membantu perkembangan otak dan kesihatan anak kesayangan kita. Kesihatan anak dalam tangan kita tanpa kita sedari..Ubah sebelum terlambat.
Semoga dengan mengubah pilihan makanan dapat memberi kesejahteraan dalam keluarga. After all, madu adalah makanan Sunnah yang banyak kelebihan even dalam Quran ada menyebut tentang madu sebagai penyembuh penyakit.
Marilah kita ubah persepsi tentang madu dan amalkan selalu semoga dengan amalan makan makanan Sunnah dapat memberi sejuta kebaikan dalam keluarga kita. Keluarga kita tanggungjawab kita.
Comments