top of page

MITOS MADU LEBAH ASLI

  • GoldenHoney
  • Feb 26, 2018
  • 2 min read

MACAM MANA NAK TAU MADU TU ASLI ATAU TIPU???

Sejak azali lagi isu ni selalu timbul setiap kali proses pemilihan madu di pasaran-pasaran. Macam-macam petua diberikan untuk menentukan madu tersebut asli atau tidak.

Tetapi boleh percaya ke petua-petua yang diberikan tersebut?

INI PETUA ORANG DULU-DULU DAN FAKTA SEBENAR MADU ASLI

šŸMadu pekat adalah madu originalšŸ Fakta: Kepekatan madu bergantung kepada kandungan air dalam madu tersebut. Madu yang baik dan berkualiti adalah madu yang

mempunyai kandungan air kurang dari 20%. Semakin kurang

kandungan air dalam madu adalah semakin baik.

šŸMasukkan telur dalam madu. Kalau kuning telur menjadi separuh

masak gerenti ori.šŸ Fakta: Dengan kebijaksanaan dan teknologi pada zaman sekarang

ini, petua masukkan telur dalam madu tidak lagi boleh diguna pakai.

Madu tiruan yang dicampur dengan kapur yang bersifat panas

dengan kadar yang tertentu boleh menyebabkan kuning telur

menjadi setengah masak. Berhati-hati dengan madu tiruan ini kerana

ia sangat merbahaya terhadap kesihatan organ dalaman.

šŸSemut tidak akan hurung dekat madu aslišŸ Fakta: Sifat madu terdiri daripada air dan gula (nectar). Madu yang

mengandungi glukosa ā€œmonosachharideā€ adalah bersifat manis dan

secara tidak langsung boleh menarik semut. Madu adalah makanan

yang baik oleh yang demikian jika apa-apa haiwan berani makan maka

ia adalah makanan yang baik. Haiwan mempunyai sense yang mana ia

akan menjauhi makanan yang boleh membunuh dan tidak baik.

šŸMadu asli tidak akan membeku jika diletakkan ke dalam peti aisšŸ Fakta: Madu Asli yang berkualiti mengandungi kandungan air

kurang dari 20%. Oleh yang demikian, madu asli tetap akan

mengeras jika dibiarkan di dalam peti ais terlalu lama. So, peti ais

bukanlah petunjuk yang tepat dalam menguji keaslian madu

tersebut.

šŸSemakin gelap warna madu semakin asli madu tersebutšŸ Fakta: Hipotesis ini adalah sama sekali tidak benar. Tahukah anda

terdapat banyak faktor kelainan warna madu yang dituai. Antara

faktor kelainan warna madu adalah cuaca. Jika semasa tuaian madu

bercuaca panas, maka potensi madu yang akan dituai adalah gelap

manakala jika cuaca semasa tuaian berhujan maka madu tersebut

menjadi lebih cerah. Selain dari itu, madu yang diambil oleh lebah dari

pelbagai jenis bunga juga memainkan peranan yang penting.

šŸKalau beli madu bawak balik rumah tak kena marahšŸ Fakta: Haaaa… yang ni rare sikit. Kalau abang-abang belikan madu

untuk keluarga tu, nak tau asli or tidak. Bila abang bawak balik

rumah isteri tengok tak mengamuk confirm madu tersebut asli.

Tetapi kalau abang-abang baru nak jejak kaki kat rumah dah nampak

kuali belanga melayang tu bukan madu asli tu.. tu madu orang.

Apalagi bukalah silat langkah seribu selamatkan diri.

Semoga berjaya. šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚

Dapatkan madu Golden Honey from Little D yang confirm asli sekarang. Perkara yang baik tidak elok dilengah-lengahkan. Amalkan madu untuk kesihatan yang baik bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk seisi keluarga.


Ā 
Ā 
Ā 

Comentarios


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Golden Honey by Little D. Proudly created with Wix.com

bottom of page